Coklat buatan tangan adalah produk - produk coklat yang mempunyai ciri - ciri berikut :
Pengeluaran yang terhad, tersendiridan dibuat bila diperlukan
Produk yang dihasilkan adalah segar dan seragam
Produk ini mempunyai resepi yang tersendiri dan selalunya adalah warisan keluarga
Produk mempunyai pelbagai rasa dan tidak terhad kepada satu resipi
Produk dibuat dalam pelbagai bentuk dan corak mengikut kreativiti pengusaha
Produk dibungkus dan dipersembahkan mengikut daya kreatif pengusaha
Teknologi Pemprosesan Coklat Buatan Tangan
Coklat buatan tangan dihasilkan dengan memperbagaikan coklat blok ( konventur ) yang sedia siap, yang boleh didapati dalam tiga jenis iaitu Coklat Susu, Coklat Putih, dan Coklat Gelap. Coklat blok ini boleh didapati dari kilang pengisar yang mengeluarkan coklat blok dan juga dipasaraya.
Penstabilan Kristal ( Tempering )
Coklat tulen perlu melalui proses penstabilan kristal ( tempering ) sebelum digunakan untuk pembuatan produk - produk seterusnya.







No comments:
Post a Comment